Material & Kemasan di WeddingCard.my

Kad Jemputan

Terdapat beberapa jenis material yang kami gunakan untuk kad jemputan di WeddingCard.my. Berikut disenaraikan jenis-jenis material dan sifatnya.

 

260gsm Art Card

Kad yang paling murah yang sesuai digunakan untuk kad jemputan. Sedikit licin dan sesuai digunakan dengan kemasan tambahan jenis Matte Lamination / Gloss Lamination.

 

 

310gsm Art Card

Memiliki sifat yang sama dengan 260gsm art card. Sedikit licin dan boleh digunakan dengan kemasan tambahan. Cuma jenis ini lebih tebah daripada 260gsm art card.

 

 

250gsm Ivory Card

Ivory card merupakan kad yang memiliki sifat seperti simili paper (kertas A4 yang biasa digunakan di pejabat-pejabat untuk cetakan dokumen). Bezanya ialah ivory card lebih tebal dan sesuai digunakan untuk kad jemputan. Warna cetakan yang dicetak di atas ivory card lebih pudar berbanding cetakan di atas art card.

  

  

230gsm Ivory Beige

Ivory beige adalah sama seperti ivory card yang lain. Bezanya adalah ivory beige ini datang dengan warna beige. Ivory card biasa yang lain datang dengan warna putih. Oleh itu, warna cetakan yang dicetak di atas ivory beige akan dipengaruhi dengan warna beige sebagai warna asli kad. Hasil cetakan akan berbeza berbanding dengan cetakan di atas ivory card putih.

220gsm Linen Card

Linen card adalah kad yang memiliki tekstur seperti kain linen. Material ini sangat cantik digunakan sebagai kad jemputan. Material ini tidak licin dan tidak kilat tetapi memberikan impak yang kelihatan ekslusif ke atas kad jemputan. Harganya lebih mahal berbanding art card dan ivory card.

fine linen card

 

 

250gsm Metallic Card

Material ini adalah material yang memiliki efek glitter dan kilat yang memberikan kesan metallic pada kad jemputan anda. Warna yang dicetak akan kelihatan lebih kilat berbanding kad biasa. Material ini lebih mahal berbanding material linen dan art card.

 

 

Sticker

Untuk sticker, kami menggunakan 2 jenis material utama.

 

 80gsm Mirror Coat Sticker

Mirror coat merupakan material yang licin biasa digunakan sebagai label produk. 

 

 

80gsm Simili Sticker

Simili sticker adalah material yang sama dengan simili paper biasa. Kertas A4 yang biasa didapati di pasaran merupakan simili paper yang biasa digunakan untuk cetakan dokumen di pejabat-pejabat. 


Whatsapp Kami Whatsapp Us
Mesej Kami Di Facebook Message Us On Facebook