Membuat Tempahan di WeddingCard.my 1 Malaysia
English Bahasa Malaysia
Hubungi Talian Kami
Kotak Saya
TetamuDAFTAR-MASUK
JUMLAH0kpg RM0.00

Buka/Tutup

 | LIHAT KOTAK TEMPAHAN | BANTUAN ?
Utama Kad Sampul Akaun
  Utama | Polisi Peribadi
Informasi Sahih
Polisi Peribadi

Maklumat peribadi

Apabila anda melayari laman web kami, kami mungkin mengumpul, menyimpan dan menggunakan data-data berikut:


Maklumat mengenai komputer peribadi anda dan lawatan anda ke laman web ini, seperti

  • Alamat IP
  • Lokasi anda
  • Jenis pelayar yang anda gunakan
  • Sumber rujukan anda
  • Tempoh lawatan anda
  • Jumlah mukasurat yang anda lihat
  • Maklumat mengenai sebarang transaksi yang berlaku di antara anda dan WeddingCard.my yang berlangsung atau berkaitan laman web ini
  • Maklumat mengenai sebarang tempahan dan/atau pembelian yang anda buat
  • Maklumat yang anda berikan kepada kami untuk tujuan pendaftaran di laman web ini
  • Maklumat yang membolehkan kami menghantar pemberitahuan melalui e-mel dan/atau 'newsletters'
  • Maklumat yang anda berikan kepada kami untuk tujuan pendaftaran 'newsletter'

 

Penggunaan maklumat peribadi anda

Data peribadi yang diberikan kepada kami akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di dalam seksyen ini atau dinyatakan di muka lain di dalam laman web ini. Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

Mentadbir laman web ini;
Mempertingkatkan lagi mutu penggunaan laman web ini dengan membangun dan memperbaiki rekabentuk dan 'layout' laman web ini, dengan menyelia penggunaan anda;

Memproses tempahan anda;
Menyediakan maklumat kepada anda, seperi berita mengenai laman web ini, perkhidmatan-perkhidmatan baru dan tawaran-tawaran istimewa atau promosi yang mungkin memberi minat kepada anda tetapi hanya jika anda telahpun bersetuju untuk ini (Lihat juga Berhubungan dengan anda).


Perlindungan Data

WeddingCard.my menggunakan Teknologi Perlindungan Server terkini untuk memastikan semua maklumat peribadi dan transaksi anda dilindungi ke tahap perlindungan tertinggi. Kami tidak sekali-kali memberikan maklumat anda kepada syarikat-syarikat selain ArKARiDesignStudio dan WeddingCard.my untuk tujuan-tujuan pemasaran, walaupun wakil atau ejen kami mungkin memiliki data anda supaya maklumat anda dan/atau maklumat tempahan anda boleh diproses dan/atau akaun anda disimpan.


Berhubungan dengan anda

Kami ingin memastikan anda sentiasa mendapat berita terbaru kami mengenai produk-produk kami, tawaran-tawaran promosi kami dan apa yang akan ditawarkan di WeddingCard.my. Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menghantar maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan lain kami atau untuk kegunaan kajian kami. Sekiranya anda telah berdaftar untuk menerima 'newsletter' daripada kami, anda sentiasa boleh memadam alamat e-mel anda daripada senarai kami dengan menggunakan rangkaian 'batal langganan' di dalam e-mel yang kami berikan kepada anda. 


Pihak ke-tiga

Maklumat peribadi anda tidak akan diberikan kepada perniagaan lain selain ArKARiDesignStudio, WeddingCard.my dan Pihak Ketiga yang akan memproses tempahan anda. WeddingCard.my mensyaratkan Pihak Ketiga untuk menggunakan maklumat anda dengan sulit dan rahsia dari semasa ke semasa. Kami tidak akan menyebarkan maklumat peribadi anda kepada syarikat luaran untuk tujuan penghantaran surat atau tujuan pemasaran sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada anda. Kami mungkin memberikan maklumat mengenai jualan dan penggunaan laman web untuk Pihak Ketiga yang berkaitan dengan tujuan kajian dan analisis.


Pengubahsuaian polisi

Kami mungkin mengemaskini polisi-polisi kami dari masa ke semasa dengan menulis versi baru pada laman web kami. Anda haruslah kerap menyemak halaman polisi kami untuk memastikan anda berpuas hati dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian yang dibuat.


Alamat Didaftarakan :

ArKARiDesignStudio 17 Jalan Padi Emas 3/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor, MALAYSIA

Teruskan
Penghantaran Percuma
Peta Laman
Membuat Tempahan
Pembayaran
Penghantaran
Bantuan
Hubungi Kami
WeddingCard.my on twitter WeddingCard.my on myspace WeddingCard.my on bebo
WeddingCard.my
Dikuasakan oleh ArKARiDesignStudio