Membuat Tempahan di WeddingCard.my 1 Malaysia
English Bahasa Malaysia
Hubungi Talian Kami
Kotak Saya
TetamuDAFTAR-MASUK
JUMLAH0kpg RM0.00

Buka/Tutup

 | LIHAT KOTAK TEMPAHAN | BANTUAN ?
Utama Kad Sampul Akaun
  Utama | Terma & Syarat
Informasi Sahih
Terma & Syarat

Selamat datang ke laman web WeddingCard.my. Kami menjual produk kami merujuk kepada terma dan syarat yang terdapat di sini. Sila baca dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat di bawah.

 

Perubahan Laman Web

Objektif kami adalah untuk menjadikan laman web ini menarik dan sentiasa segar. Kami menghasilkan data yang diubahsuai untuk menggantikan kandungan lama atau yang tidak diperlukan lagi, dan mengalihkan dan menukar bahagian-bahagian laman web kami. Kami tidak menjamin bahawa sesuatu yang anda lihat sebelum lawatan ini masih lagi wujud dalam laman web kami apabila anda lawati semula. Kami berhak mengubah laman web kami tanpa sebarang pemberitahuan.

 

Paparan Produk

Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memaparkan produk kami setepat yang mungkin. Bagaimanapun, warna yang kami gunakan, dan juga kemampuan warna dan paparan 'monitor' anda, sangat mempengaruhi warna yang anda lihat pada skrin anda. WeddingCard.my tidak akan bertanggungjawab ke atas batasan 'monitor' anda dan tidak menjamin ketepatan warna, tekstur, atau perincian produk yang anda lihat menerusi skrin anda akan tepat/sama dengan warna produk sebenar.

 

Ralat Laman Web

Kami berusaha untuk memberikan informasi yang terkini, paling tepat, dan paling berguna pada laman web kami pada setiap masa. Bagaimanapun, mungkin kadangkala terdapat informasi yang kami paparkan tidak memiliki data yang lengkap, ralat ejaan, atau tidak tepat. Sebarang ralat adalah tidak disengajakan dan kami memohon maaf sekiranya informasi beralat ini mempengaruhi paparan harga dan kewujudan produk kami. Kami cuba memastikan semua harga pada laman web kami tepat, tetapi kadangkala ralat berlaku dan barangan mungkin tersalah harga. Sekiranya kami menyedari sebarang kesilapan pada harga, kami berhak menggantung tempahan anda dan menghubungi anda untuk mengesahkan sama ada anda ingin teruskan membuat tempahan dengan harga sebenar atau tidak. Kami tidak akan memproses tempahan yang bukan pada harga sebenar. Kami berhak memperbetulkan sebarang ralat atau kemaskini informasi produk kami pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

 

Lawatan ke Laman Web

Dengan kemampuan teknologi yang tidak dapat dijangka dan suasana dunia maya, WeddingCard.my tidak menjamin bahawa sebarang fungsi atau operasi laman web ini tidak akan diganggu atau bebas-ralat, kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web ini atau pelayan yang kami gunakan bebas dari virus atau elemen-elemen yang membahayakan. Bukan itu sahaja, lawatan anda ke laman web ini mungkin kadangkala tidak dibenarkan atau dihalang untuk memberi laluan kepada pembaikan, penyelenggaraan, atau ujian terhadap perkakasan atau perkhidmatan baru. Kami akan menghadkan kekerapan dan tempoh penggantungan atau halangan seperti itu. Anda sebagai pelawat, dan pengguna laman web ini, mestilah menyedari bahawa anda bertanggungjawab atas sebarang kesan yang anda hadapi berkaitan dengan kunjungan anda ke laman web ini. Dengan ini, anda bersetuju bahawa lawatan anda akan berdasarkan terma dan syarat ini dan lawatan anda ditanggung oleh anda sendiri. WeddingCard.my tidak akan bertanggungkawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang anda hadapi daripada penggunaan anda atau kegagalan anda melawat laman web ini.

 

Rangkaian Pihak Ketiga

Untuk memaparkan lebih banyak produk, kami mungkin memaparkan rangkaian ke laman web lain atau sumber-sumber yang boleh anda lawati mengikut kemahuan anda. Anda maklum dan setuju bahawa, apabila anda memilih untuk mengklik pada rangkaian ini, WeddingCard.my tidak akan bertanggungjawab ke atas laman web atau sumber ini.

 

Akaun Anda

Sekiranya anda menggunakan laman web ini, adalah tanggungjawab anda untuk merahsiakan akaun dan kata laluan anda dan tiada individu lain yang tidak dibenarkan dapat menggunakannya. Anda bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang berlaku kepada akaun dan kata laluan anda. Anda haruslah memberitahu kami serta-merta sekiranya anda pasti bahawa kata laluan anda telah diketahui oleh orang lain, atau kata laluan anda sedang digunakan, atau mungkin, digunakan dengan cara yang tidak dibenarkan.

Sila pastikan maklumat peribadi anda dikemaskini dan beritahu kami serta-merta sekiranya terdapat perubahan kepada informasi yang anda berikan sewaktu pendaftaran.

WeddingCard.my berhak untuk menghalang kemasukan anda ke laman web ini, menutup akaun, mengalih atau mengubah kandungan, atau membatalkan tempahan mengikut kehendak kami. Sekiranya kami membatalkan tempahan anda, anda tidak akan dikenakan bayaran.

 

Kejadian di luar kawalan kami

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kelewatan atau kegagalan daripada pihak kami yang berlaku atas sebab-sebab berpatutan yang terjadi di luar kawalan kami. Syarat ini tidak mengganggu sebarang hak anda.

Kami memaparkan kandungan kami seadanya dan tidak menjamin ketepatannya, sama ada terzahir atau tersembunyi. Kami berhak untuk memperbetulkan sebarang ralat atau untuk mengemaskini informasi produk kami tanpa sebarang notis.

 

Harga dan Kewujudan

Kami berusaha untuk memberikan informasi yang terkini, paling tepat, dan paling berguna pada laman web kami pada setiap masa. Bagaimanapun, mungkin kadangkala terdapat informasi yang kami paparkan tidak memiliki data yang lengkap, ralat ejaan, atau tidak tepat. Sebarang ralat adalah tidak disengajakan dan kami memohon maaf sekiranya informasi beralat ini mempengaruhi paparan harga dan kewujudan produk kami.

Sekiranya ralat berkenaan harga terjadi, kami berhak menggantung tempahan anda dan menghubungi anda untuk mengesahkan sama ada anda ingin teruskan tempahan dengan harga sebenar atau tidak.

Kami tidak akan memproses tempahan yang bukan pada harga sebenar.

Sebaik sahaja anda selesai membuat tempahan, anda akan menerima e-mel untuk mengesahkan kami menerima tempahan anda. E-mel ini adalah pengesahan penerimaan tempahan dan bukan permulaan proses tempahan. Kami akan menghubungi anda sekiranya kami tidak dapat memenuhi permintaan tempahan anda.

 

Pilihan Pembayaran

Kami menerima semua jenis kad kredit utama untuk pembayaran. Pembayaran yang dibuat menerusi laluan bayaran iPay88 akan diuruskan oleh Mobile88 Sdn Bhd. Nama Mobile88.com akan dipamerkan pada Penyata Kad Kredit / Bank anda dan anda juga akan menerima e-mel pemberitahuan daripada Mobile88 untuk setiap transaksi.

Sekiranya kad kredit anda ditolak oleh sistem memproses pembayaran kami, sila semak semula maklumat yang anda masukkan pada laman web kami. Maklumat nama dan alamat anda mestilah sama dengan maklumat alamat pemegang kad yang terdapat pada pengeluar kad anda. Sekiranya masih terdapat masalah, sila hubungi pengeluar kad anda.

Kami mungkin akan menambah pilihan pembayaran lain pada masa akan datang.

 

Tawaran Promosi

Semua tawaran boleh diubah tanpa sebarang notis.

 

Pengecualian

Sekiranya anda melanggar syarat-syarat ini dan kami tidak mengenakan sebarang tindakan, kami masih berhak menggunakan hak dan kemudahan kami dalam situasi lain sekiranya anda melanggar syarat-syarat ini. Melainkan seperti yang dinyatakan secara terperinci pada laman web ini, mengikut sepenuh kuasa yang dibenarkan oleh undang-undang, WeddingCard.my atau mana-mana ejennya, pengarah-pengarah, pekerja-pekerja atau wakil-wakilnya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berlaku yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Ini termasuklah tanggungan ke atas sebarang kerosakan, termasuk (tanpa had) ganti rugi, secara terus, secara tidak terus atau kerosakan, kehilangan data, pendapatan atau keuntungan, kerugian atau kerosakan pada harta benda dan permintaan oleh pihak ketiga. Untuk mengelakkan keraguan, WeddingCard.my tidak bertanggungjawab walaupun sehingga ke tahap bertanggungjawab ke atas kematian atau kecederaan diri sekiranya ianya berlaku kerana sebab kelalaian WeddingCard.my, ejen-ejennya, pengarah-pengarah, pekerja-pekerja dan wakil-wakil lain.

 

Alamat Berdaftar :
ArKARiDesignStudio 17 Jalan Padi Emas 3/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor, MALAYSIA

Teruskan
Penghantaran Percuma
Peta Laman
Membuat Tempahan
Pembayaran
Penghantaran
Bantuan
Hubungi Kami
WeddingCard.my on twitter WeddingCard.my on myspace WeddingCard.my on bebo
WeddingCard.my
Dikuasakan oleh ArKARiDesignStudio