Penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia adalah percuma kecuali jika diberitahu sebaliknya.
Kos penghantaran ke Malaysia Timur iaitu Sabah, Sarawak dan Labuan akan dikira pada semua pesanan yang dihantar ke alamat utama di dalam Malaysia Timur. Caj penghantaran tidak termasuk dalam harga produk yang ditunjukkan.
Apabila tempahan anda telah dihantar keluar, kami akan menghantar pengesahan pengiriman melalui e-mel. Ini termasuk nombor penjejakan bungkusan anda untuk menjejaki lokasinya.
Kami menghantar barang yang telah anda pesan menggunakan Skynet, GDex, Poslaju, Xend atau Line Clear Express. Tempat penghantaran adalah alamat penghantaran yang anda berikan dalam pesanan anda.
Kami berusaha untuk memproses pesanan anda dalam masa 24 jam. Masa penghantaran ke alamat utama Semenanjung Malaysia bergantung kepada produk. Ini akan dipaparkan pada halaman produk.
Jika barangan hilang atau rosak dalam penghantaran, sila beritahu kami dengan segera, supaya kami boleh membuat tuntutan terhadap syarikat penghantaran. Kami akan menawarkan pilihan penggantian atau bayaran balik penuh.
Semua pesanan untuk penghantaran ke Singapura adalah diserahkan kepada penghantar pihak ke-3 yang dilantik. Caj rata sebanyak RM150 dikenakan untuk setiap bungkusan untuk satu alamat penghantaran yang akan ditanggung oleh pelanggan. Caj rata adalah sebanyak RM150 untuk semua tempahan kecuali diberitahu terlebih dahulu selepas tempahan anda siap. Penghantar pihak ke-3 mungkin akan mengenakan caj tambahan sekiranya kuantiti atau saiz tempahan memerlukan tanggungan kos yang lebih untuk dihantar.
Cukai GST Singapura - Harga penghantaran tidak termasuk 7% cukai servis dan barangan yang perlu dibayar kepada Kastam Singapura (sekiranya ada). Penghantar akan membayar amaun cukai yang dikenakan oleh Kastam Singapura dan akan membuat tuntutan kepada anda ketika menyerahkan barangan tempahan anda.